02 Mei 2010

Smart Solat SKBTM

Ustz.Yus sedang membincangkan sesuatu dgn ustz.Mazlina & ustz.Faridah mengenai
smart solat.
Antara peserta-peserta smart solat.

Ust.Shuhaimi menerangkan sesuatu mengenai solat.




Sir Halmi sedang diajukan beberapa soalan oleh murid-murid tentang solat.



Ustazah-ustzah yang sedang sibuk membuat persediaan smart solat.
Alhamdulillah, pada 23-24 April yang lepas Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling telah berjaya mengadakan program Smart Solat untuk murid-murid tahun 4 dan 5.Program yang bermula pada petang Jumaat itu telah mendapat kerjasama yang baik daripada rakan guru-guru dan waris.Kemuncak program tersebut adalah pada malam Jumaat tersebut yang mana telah diadakan satu ceramah tentang kepentingan solat dalam kehidupan.Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Izzat Hambali.Program ini juga telah dihadiri oleh 330 murid SKBTM.
Program smart solat ini juga telah dijalankan dalam bentuk LDK.Fasilitator bagi setiap LDK terdiri daripada semua guru-guru SKBTM.Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru-guru yang terlibat kerana memberi kerjasama dalam program tersebut.
Perasmian penutup program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar.Semoga Panitia Pendidikan Islam SKBTM dapat mengadakan lagi program yang besar seperti ini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan