17 Oktober 2011

PEMANTAUAN KSSR OLEH JPNPP










PERHATIAN!!!Kepada semua guru Panitia Pendidikan Islam SKBTM,satu pemantauan pelaksanaan KSSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan dilakukan oleh Pegawai JPN bermula pada 13.oktober.2011 hingga 14.november.2011. Pegawai yang akan turun ke SKBTM Ustaz Azmi Abdul Hamid. sila klik


13 Oktober 2011

Jamuan Raya Anjuran Panitia P.Islam

SELAMAT HARI RAYA




'putri-putri' harapan agama


halaqoh kuih raya





jamuan dalam kelas






tahun 3





penyelia makanan menjalankan tugas...;-)





AJK ayaq













In House PBS tahun 2/2012

minit curai


ust rosidi mencatat sambil diperhatikan oleh guru pembimbing



asyik mendengar amanat2 dari utz siti mazlina


khusyu'



ustz saripah memberi in house kpd panitia p.Islam


13.okt.2011-satu in house berkenaan KSSR/PBS tahun 2/2011 telah disampaikan oleh ustazah Saripah kepada semua guru Panitia Pendidikan Islam SKBTM.Penerangan yang bermula jam 1.05ptg itu telah berakhir tepat jam 2.30ptg.Alhamdulillah, banyak ilmu yang diperolehi dan semoga dapat sama2 kita aplikasikan dalam p&p demi memantopkan ilmu dan sahsiah anak2 kita.;-)









Kem Bestari Solat 2011












Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan Kem Bestari Solat 2011.Kem yang berlangsung pada 30 september dan 1 oktober itu telah dijalankan di surau SKBTM.Peserta untuk kali ini terdiri daripada murid tahun 1,2 dan 3.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ribuan terima kasih kepada semua guru Panitia Pendidikan Islam yang telah menjayakan kem kali ini.










19 September 2011

Sifat-sifat Munafik


“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)





Empat Ragam Sifat Munafik:



1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.

2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.

3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.

4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujahnya.

05 September 2011

KURSUS INDUKSI KSSR & PBS PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

Assalamualaikum WRT WBT

Ustaz dan ustazah yang mengajar Pendidikan Islam tahun 2 yang dihormati ,

adalah dimaklumkan bahawa UPPI JPNPP akan mengadakan kursus induksi KSSR & PBS Pendidikan Islam tahun 2 seperti berikut :



Zon Pulau : Daerah Barat Daya dan Timur Laut

Tarikh : 5 – 9 Sept 2011

Tempat : Dewan Persidangan IPG Pulau Pinang

Masa : 8.00 pagi – 5.00 ptg



Zon Seberang : Daerah Utara,Tengah & Selatan

Tarikh : 26 – 30 Sept 2011

Tempat : BTPN Pokok Sena Kepala Batas

Masa : 8.00 pagi – 5.00 ptg



Surat akan dihantar ke sekolah supaya guru berkenaan dapat menghadiri kursus tersebut. Setiap sekolah diminta menghantar seorang sahaja guru yang mengajar Pendidikan Islam tahun 2.

Sekian untuk makluman awal , terima kasih.


maklumat lanjut klik sini

29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Panitia Pendidikan Islam SKBTM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan memohon maaf atas segala kesilapan serta kekurangan. Semoga Hari Raya yang disambut ini penuh dengan keinsafan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam menyambut kemenangan setelah berjaya melaksanakan tuntutan agama serta berjaya melawan hawa nafsu pada bulan tarbiyah yang lepas. Semoga kita diketemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Amien.....

25 Ogos 2011

....lebih baik daripada 1000 bulan....




10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.





Rasulullah s.a.w bersabda, “Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” Riwayat Bukhari.


24 Ogos 2011

Doa Lailatul Qadar

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Lailatul Qodar




10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

23 Ogos 2011

KADAR ZAKAT FITRAH 1432H

Berikut adalah kadar zakat fitrah 1432H bagi setiap negeri dan kawasan di Malaysia:


Terengganu RM5, RM7 & RM8

Perlis RM6

Sarawak RM6.20

Melaka RM6.50

Negeri Sembilan RM6.50

Kelantan RM7

Selangor RM7

Pahang RM7

Kedah RM7

Perak RM7

Pulau Pinang RM7

Sabah RM7

Kuala Lumpur RM7

Putrajaya RM7

Labuan RM7

Johor RM7.50 & RM5

12 Ogos 2011

Al-Fatihah buat ayah K.Anis



Panitia Pendidikan Islam mengucapkan takziah kepada keluar Ustazah Noranisah (K.Anis) atas pemergian ayahanda tercinta pagi tadi pada jam 9.30pg. Ayah K.Anis telah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Junjung. Semoga keluarga K.Anis tabah menghadapi ujian ini. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan KepadaNya kita kembali. AL-FATIHAH...

11 Ogos 2011

Pesanan Luqman Al Hakim

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
(Surah Luqman 31: Ayat 16)

09 Ogos 2011

Ujian Kelayakan Ke SMKA 2012

ujian bertulis selama 15 minit

ujian bacaan ayat al-quran & jawi


9.Ogos.2010 : Ujian Kelayakan ke SMKA ambilan 2012 telah dijalankan. Tahun ini agak berbeza dari tahun yang lepas kerana pada tahun ini semua murid (beragama Islam) diwajibkan menduduki ujian tersebut. Ujian yang bermula pada pukul 9.00pagi itu telah berakhir tepat jam 1.10ptg. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung @ tidak langsung.



Program2 Ihya' Ramadhan SKBTM

PROGRAM-PROGRAM IHYA RAMADHAN PERINGKAT SEKOLAH 1432H/2011

1. -Tazkirah -Semua Murid dan guru beragama Islam -2.Ogos.2011


2. -Borang Muhasabah -Semua Murid Islam -Sepanjang Bulan Ramadhan.

3. -Risalah Ramadhan -Semua Murid dan guru beragama Islam -Dua keluaran
(awal dan pertengahan Ramadhan)

4. -Tadarrus Al-Quran -Murid tahun 4 dan 5 sahaja -Sepanjang Bulan Ramadhan

5. -Solat Sunat Dhuha -Murid tahun 4,5 dan 6 -Sepanjang Bulan Ramadhan.(waktu rehat)

6. -Kuliah Lima Minit (KULIM) -Semua murid Islam -Sepanjang Bulan Ramadhan. (waktu perhimpunan pagi)

7. -Gema Ramadhan -Semua Murid dan guru beragama Islam -Sepanjang Bulan Ramadhan. (Bacaan Al-Quran)

8. -Kempen Menutup Aurat -Semua Murid dan guru beragama Islam -Sepanjang Bulan Ramadhan

9. -Majlis Berbuka Puasa,Bacaan Yasin dan solat Tarawih
-Murid tahun 4,5,6 dan waris tahun 6. -18.Ogos.2011


10. -Majlis Khatam Al-Quran
-Semua peserta tadarrus Al-Quran -18.Ogos.2011


11. -Salam Aidilfitri -Semua murid dan guru -26.Ogos.2011

12. -Sambutan Hari Raya Aidilfitri
-Semua murid dan guru -19.Sept.2011

Ihya' Ramadhan SKBTM

solat sunat dhuha





tadarrus al-quran




majlis pelancaran ihya' Ramadhan




Panitia Pendidikan Islam SKBTM telah merancang beberapa aktiviti sepanjang bulan Ramadhan ini. Di atas adalah beberapa aktiviti yang telah di jalankan dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Semoga apa yang diusahakan mendapat keberkatan Allah SWT.






15 Mei 2011

15 Sebab Turunnya Bala

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:


"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana" iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.


MTQSS KPM Peringkat kebangsaan @ Penang




Semua dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi MTQSS yang julung kalinya diadakan serentak EKSPO PENDIDIKAN ISLAM.

29 Januari 2011

Amal Jamaie bersih surau Al-Ghufran

ustz.Faridah membersihkan bekas anai2ustz.Anisah dengan gaya mengait buah

deco bersama ustz.Sarimah :-)



kikis jangan tak kikis....



ust.Yusri & ustz.Mazlina sedang berbincang sesuatu


pakar penyedut hampagas...ustz.Halimaton :-)
28.Januari.2011:Guru Panitia Pendidikan Islam telah bersama-sama bergotong royong membersihkan surau al-Ghufran.Pada minggu lepas setiausaha surau telah memaklumkan ada anai-anai di surau al-ghufran.Anai-anai tersebut mungkin datang dari bangunan sekolah.Apa pun langkah awal telah diambil dengan menyembur ubat anai-anai di tempat-tempat yang telah dikenal pasti.Oleh sebab itu, panitia telah bersetuju mengadakan amal jamaie pada hari tersebut untuk membersih dan menghias surau agar bertambah 'come'.