31 Julai 2012

Bantuan Aidilfitri


Ust Nazri & Ustz Mazlina sedang memilih baju raya utk murid2 ini


Gene Martino ;)


Ustz Noranisah membuat bayaran


Mencari barang keperluan lain


Panitia telah melancarkan kutipan sumbangan daripada waris & guru2 SKBTM utk murid2 miskin yg memerlukan bantuan. Alhamdulillah dlm masa yg sama seorg hamba Allah (guru) telah tampil menghulurkan sumbangan khas kpd 3 org murid yg terpilih ini. Petang tadi wakil panitia telah membawa murid2 tersebut (ke tesco) utk membeli barang2 keperluan utk aidilfitri ini. Ribuan terima kasih kpd hamba Allah yg telah memberi sumbangan ini. Semoga mendapat rahmat drp Allah dan dimurahkan rezqi lagi. Insya Allah....;-)

24 Julai 2012

Renovate Surau SKBTM

 Kerja kerassss....
                                                   Cikgu Hazami banyak membantu
Cikgu Samsul a.k.a kepala kontrak ;-)
Pintu depan berwajah baru
Dinding tepi utk keselesaan tempat wanita
Tempat wuduk lelaki

Panitia PI mengucapkan terima kasih kepada cikgu Samsul & cikgu Hazami serta guru2 yg terlibat dalam proses renovation Surau SKBTM.Alhamdulillah 90% telah siap dan mudah-mudahan lepas ni segala aktiviti di surau dapat dijalankan dengan lebih selesa.Insya Allah.....

p/s : terima kasih juga kepada s/u surau yg telah mengusahakan projek ini ;-)

Ustaz Zulkarnain @ SKBTM

 Ust Zulkarnain di sambut oleh GB & YDP PIBG
 Mengiringi ust ke Dewan
 Duduk dalam suasana santai ;-)
 Memulakan ceramah
 Ust Zulkarnain melayan peminat2
Bergambar kenangan bersama GB dan guru2 SKBTM

14 Julai 2012 PIBG dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SKBTM telah menganjurkan Program Munajat yang disertai oleh murid tahun 4,5 & 6.Penceramah jemputan kali ini adalah ust selebriti dari astro iaitu Ust Zulkarnain Hj Hamzah.Beliau menyampaikan ceramah selama 1jam 30 mnt diselangi dengan alunan zikir dan bacaan ayat2 suci al-Quran.Alhamdulillah program berjalan lancar dan ini merupakan satu lagi kejayaan Panitia Pendidikan Islam dalam melaksanakan program di SKBTM.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.
BANYAKKAN IBADAH DIBULAN YANG MULIA INI.
SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DITERIMA OLEH ALLAH SWT.

10 Julai 2012

Nantikan Kemunculannya di SKBTM....

PROGRAM MUNAJAT
Bersama Ustaz Zulkarnain Hamzah (astro oasis) sempena Kem Bestari Solat SKBTM dan Sambutan Ramadhan Al-Mubarak 1433

Tarikh   : 14 Julai 2012 (Sabtu)
Masa   : 2.30-4.30 ptg
Tempat   : Dewan Mutiara SKBTM

Semua Muslimin Dan Muslimat Dijemput Hadir

04 Julai 2012

Selamat Hari Lahir GB :-)

 Ust Nokman wakil Panitia PI menyampaikan kek kpd GB
GB memotong kek ;-)


Panitia Pendidikan Islam mengucapkan selamat menyambit hari lahir kepada GB SKBTM En.Hudzairi. Panitia PI juga mendoakan semoga diberkati & dimurahkan rezqi lagi. ;-)))

09 Jun 2012

Selamat Bersara Ust Abd Moin

Panitia  Pendidikan Islam SKBTM dan seluruh warga pendidikan negeri P.Pinang mengucapkan selamat bersara dan berpisah sempena dengan majlis persaraan Al-fadhil Ustaz Abd Moin bin Hasim dari bidang pendidikan pada 19 April 2012. Tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap apa yang telah dicurahkan selama ini demi memartabatkan pendidikan Islam di negeri P.Pinang khususnya.

12 Mei 2012

Ustaz Don di SKBTM

Cenderahati dari SKBTM 
 Menyambut ketibaan Ust Don
 Segak bergaya
 Masuk ke dewan bersama YDP
 Duduk santai...
 Berbincang sesuatu dgn YDP
 Penuh dewan..atas dan bawah...
 Ceramah
 Menarik
Menjawab soalan dr murid



21.april.2012 Kemuncak Smart Solat 2012, ust Don telah dijemput utk sesi ceramah merangkap sesi penutup prog Smart Solat 2012. Alhamdulillah sambutan diluar jangkaan.Para waris dan penduduk sekitar Bandar Tasek yang hadir cukup ramai sehingga memenuhi dewan sekolah dan ruang kantin di bawah. Panitia mengucapkan jazakallahukhairan Kathira kpd semua guru2 & PIBG yg bersama2 menjayakan prog tersebut.

10 Mei 2012

Smart Solat

 Senaman ringan ;-)
 Cikgu Hazami yg banyak membantu..TQ
 Pendaftaran
 Azan...
 Solat berjamaah
 Solat berjamaah di dewan
 Makan time...
 Orang kuat panitia...
 Ceramah tayammum dari ust Nazri...terbaieekk..
 LDK bersama ust Rosidi.Praktikum cemerlang..InsyaAllah
Ceramah solat berjamaah..


Insya Allah lagi gambar2 sepanjang smart solat akan di download lagi slps ini....

18 April 2012

Gotong Royong Surau SKBTM






Alhamdulillah hari ini semua ustza & ustazah telah bergotong royong membersihkan surau. Panitia juga berterima kasih kepada guru2 yg turut bersama2 menceriakan surau terutama cikgu Hazami & Samsul. Semoga apa yg kita lakukan mendapat keberkatan drp Allah SWT. Esok ada lg episod kedua ;-)

16 April 2012

Al Quran Tertua di Dunia

Di ibukota negara Uzbekistan, Tashkent
Di wilayah otonom Dongxiang provinsi Gansu
Di Nusa Tenggara Timur (NTT) milik Kesultanan Ternate

Begitulah mukjizat al quran yang masih sama sehinggga sekarang, yang mana Allah sudah berjanji akan memelihara kandungan Al Quran shinggalah kiamat menjelma. Bilamana kajian-kajian saintifik dan perjumpaan artifak sepertimana yang telah tercatit dalam Al Quran, mana mungkin ianya adalah tulisan manusia atau mainan kata-kata nabi muhamad saw, sudah pasti ia datang dari Allah yang Maha Kuasa Pencipta sekian alam.

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. Quran [15.9]

26 Mac 2012

Kejayaan SKBTM dalam MTQss Daerah SPS

Inilah wajah kegembiraan murid SKBTM yang telah mendapat tempat ke-3 dalam Tilawah Al-Quran Lelaki dan Naib Johan dalam Hafazan Lelaki. Alhamdulillah, berkat doa dan usaha ustaz2 & ustazah2 yang melatih mereka serta sokongan daripada guru2 SKBTM mereka telah memperoleh kejayaan dalam MTQss peringkat Daerah SPS.