11 Januari 2016

Ceramah Maulidurrasul SKBTM

Sambut ketibaan penceramah

PKHem menyampaikan cenderamata

Penceramah

Bergambor ;-)
8 Januari 2016-Panitia Pendidikan Islam SKBTM telah menganjurkan program sempena sambutan Maulidurrasul SAW. Pengisian yg dijalankan iaitu ceramah Maulidur Rasul utk murid tahun 4,5 & 6. Panitia telah menjemput AlFadhil Ustaz Suhaizi (Penolong Pengarah di JPPP) utk menyampaikan ceramah. Ceramah selama 1 jam itu berjaya menarik minat murid2 utk lebih mengenali junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Terima Sumbangan




Surau A-Ghufran telah menerima sumbangan 6 gulung karpet.Alhamdulillah ada insan yg berhati mulia membuat sumbangan tersebut. SKBTM mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang.  

Renovate Surau Al-Ghufran






Bismillahirrahmanirrahim....Permulaan 2016 yang mantop. Surau Al-Ghufran (SKBTM) telah direnovate (ubahsuai). Kerja2 pembinaan (ikat bata) dilakukan oleh abg Bakar. Alhamdulillah permulaan 2016 yang baik. Semoga apa yg dilakukan ini mendapat ganjaran drp Allah swt.
Terima kasih kepada semua penyumbang & yang terlibat.

17 November 2015

PASCA UPSR2015

Bacaan Yasin 

Solat Dhuha & Hajat

Ujian Kelayakan ke SMKA/KAA

Kursus Jawi & Khat

Ujian

Kursus Prabaligh

Kursus Penyembelihan

Master Chef Junior

Qiamullail

Karnival Jualan Amal

Kursus Pengurusan Jenazah

2015-Alhamdulillah Panitia Pendidikan Islam telah berjaya melaksanakan Program Pasca UPSR2015 (anjuran Panitia Pendidikan Islam). Kesemua program tersebut mensasarkan murid tahun 6 yang telah menduduki UPSR2015. Ianya bertujuan untuk mendedahkan murid dengan ilmu dan pengalaman yang bermanfaat dan berguna untuk masa hadapan. 
Pihak Panitia juaga mengucapkan tahniah & terima kasih kepada semua ahli panitia yang menjayakan program-program tersebut. Terima kasih juga kepada pihak pentadbiran yang telah sama-sama menjayakan program Pasca UPSR2015 ini.
Semoga ilmu & pengalaman yang diperolehi oleh anak-anak kita menjadi bekalan serta panduan dalam hidup mereka untuk melangkah ke alam dewasa. 
Terima Kasih semua ;-)

07 Mac 2015

KBS 1/2015












6 Februari 2015 Telah dijalankan Kem Bestari Solat (KBS) 1/2015. Sasaran kali ini adalah murid tahun 2. Kehadiran 97%. Bermula dengan taklimat daripada penyelaras (ust Intan) yg menerangkan tentang perjalanan kem pada hari tersebut. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk sesi bengkel bersama pembimbing/fasilitator. Murid dibimbing tentang cara berwuduk dengan sempurna, perlakuan solat dan bacaan dalam solat. Kem diakhiri dengan solat Asar berjemaah di surau SKBTM. Tahniah & terima kasih kepada semua yg telah menjayakan KBS 1/2015. Torbaik!!

05 Mac 2015

MTQ Peringkat Sekolah

Peserta Tilawah AlQuran (adik muaz)

Peserta Tilawah AlQuran Perempuan

Pertandingan Bercerita

Sedang menghafaz surah

Santai hakim ;-)

Hafazan

MTQ skbtm

4 Mac 2015 Panitia telah berjaya mengadakan Majlis Tadarrus Al-Quran peringkat sekolah. Acara-acara yang di pertandingkan Tilawah A-Quran, Hafazan dan bercerita. Terima kasih kepada ustaz dan ustazah yang telah menjayakan MTQ ini. Semoga kita dapat melahirkan anak-anak yang terhebat. InsyaAllah

22 Februari 2015

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MAULIDURRASUL

Penyampaian hadiah

Penyampai hadiah oleh GB

Penyampaian hadiah oleh PKP

Orang kuat panitia

AJK hadiah

Pagi tadi telah berlangsung penyampaian hadian kepada murid-murid yang telah berjaya dalam pertandingan mewarna & melukis poster sempena Sambutan Maulidurrasul. Terima kasih kepada Pn. Zaineee (GB) & Pn. Maheran (PKP) kerana sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang. Tahniah kepada semua ;-)