26 Januari 2012

RPH Pen.Islam KSSR & KBSR

Assalamualaikum.
Berikut adalah perkara2 berkaitan KSSR & KBSR 2012

1. PANDUAN PENGURUSAN PANITIA , RPH DAN P&P KSSR DAN KBSR 2012

2. CONTOH RPH KSSR DAN KBSR PENDIDIKAN ISLAM 2012

3. SURAT PANDUAN RPH KSSR DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM

Untuk mendapatkan perkara2 di atas, sila klik di sini.

17 Januari 2012

Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) ke-38

Tuan/puan yang dihormati sekalian, MTQSS ke 38 pada tahun ini akan diadakan lagi seperti pada tahun-tahun yang lepas. Acara di Peringkat Kebangsaan kali ini akan dikelolakan pula oleh JPN Pahang Darul Makmur dalam bulan Mei, Insya'Allah.

Bahan-bahan pertandingan iaitu Ayat Tilawah, Surah Hafazan, Tajuk Syarahan dan Bercerita telah diedarkan dan boleh dapatkan daripada Ketua Panitia.
Juga boleh dimuat turun disini.

Tasmik 2012

Tahun 1


Isnin lepas telah bermula tasmik untuk murid2 Islam bagi Tahun 2012 ini.Tasmik dijalankan setiap Isnin,Selasa,Rabu dan Khamis selepas waktu P&P (1.05-1.35).Guru yang terlibat dalam tasmik ni ialah semua GPI & j-QAF.Walaubagaimanapun, guru2 yang bukan panitia pendidikan Islam juga boleh turut membantu 'mentasmik' murid2 (atas kerelaan ;-).


Jadual Tasmik SKBTM :


ISNIN : TAHUN 1

SELASA : TAHUN 4

RABU : TAHUN 2,3 & 5

KHAMIS: TAHUN 6






Bacaan Yasin Tahun 6 2012

Murid lelaki tahun 6
Murid perempuan tahun 6


Jumaat lepas Program bacaan Yasin untuk murid2 tahun 6 telah dijalankan.Bacaan Yasin yang diketuai oleh Ustaz Nokman (darussyifa) telah bermula jam 7.30pg dan diikuti dengan zikir serta doa syifa (air penerang hati).Semoga bacaan Yasin ini menjadi amalan kepada setiap murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.

p/s:- Guru2 yang FREE jom sama2 kita baca Yasin setiap pagi Jumaat ;-)





09 Januari 2012

Waktu Solat Sunat Dhuha





Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 8 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

08 Januari 2012

Mesyuarat Kali Pertama Panitia PI 2012

Ustz Mazlina sedang memberi taklimat tentang Tasmik
Ustz Mazlina, Ustz Sadariah & Ustz Ummu Sulaim(s/u)



Sebahagian guru2 Panitia Pendidikan Islam SKBTM


Alhamdulillah, Panitia Pendidikan Islam telah selesai membuat mesyuarat kali pertama tahun 2012 ini pada tarikh 5.Jan.2012.Mesyuarat yang diadakan di Bilik Boss ini telah membincangkan beberapa agenda. Antaranya ialah:

1.Jadual waktu mengajar

2.Sukatan dan HSP

3.Penulisan Rancangan Mengajar Harian (KSSR & KBSR)

4.AJK Panitia Pendidikan Islam

5.Perancangan Tahunan

Mesyuarat yang bermula 12.05tgh itu telah berakhir pada pukul 1.30ptg. Semoga apa yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.Insya Allah.