29 Jun 2013

KBS 2013 SKBTM

Terima Kasih kpd yg terlibat ;-)

mendidikan dengan sabar

Dalam surau

siap sedia utk solat asar

KBS memang bessssss

agihan makanan
 

21.6.2013- KBS 4 dijalankan untuk murid tahun 1. Alhamdulillah segalnya berjalan lancar dan mencapai objektif. Terima kasih kepada semua guru Paniti Pendidikan Islam yang bertungkus lumus melaksanakan KBS kali ini. Semoga keikhlasan dalam mendidik anak2 membekalkan saham akhirat kpd kalian. Insya Allah.
'BERKHIDMAT UNTUK AGAMA' ;-)

Pemantauan JPN

Bersama Ust Rodzi slps pemantauan

16.4.2013- Pemantauan JPN (unit pend Islam) ke SKBTM. Wakil JPN iaitu Ust Rodzi telah ke SKBTM untuk pemantauan Panitia Pendidikan Islam. Antara pemantauan yg dibuat adalah Pengurusan fail panitia, penulisan BRM (Buku Rekod Mengajar) dan pelaksanaan PdP. Alhamdulillah jumlah markah keselurah pemantauan amat memuaskan (cemerlang). Tahniah kpd semua ust & ustz. Semoga dapat dikekalkan, insya Allah ;-)

Imam Muda Asyraf @ SKBTM

Ceramah dari IM Asyraf

Bergambar bersama warga SKBTM

Jumpa peminat :-)

Penyampaian cendera hati dari YDP PIBG


18.5.2013-Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SKBTM telah berjaya mengadakan SMART SOLAT 2013. Program yang bermula 8.00pg dan berakhir dgn jayanya pada 5.00ptg. Kemuncak program tersebut telah dihadiri oleh Ustaz Selebriti iaitu Imam Muda Asyraf yang telah menyampaikan ceramah pada sebelah ptgnya. Alhamdulillah segala yg dirancang dpt dijalankan dengan sempurna. Terima kasih kpd semua yg terlibat.

24 Jun 2013

MMI

Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberi perhatian bagi membangunkan modal insan yang kreatif, kritis dan inovatif. Malah, kejayaan melaksanakan fungsi ini dapat menyediakan murid-murid untuk menghadapi semua peringkat peperiksaan dengan lebih sempurna. **harap lepas ni guru2 tidak diminta buat kerja lain semasa di sekolah.tambah2 time PdP