17 Oktober 2013

KURSUS KSSR TAHUN 4 SKBTM

Persidangan sedang berlangsung ;-)

Penerangan dari JUS

Ust Sukor khusyuk ;-)

17.OKT.2013 Satu kursus dalaman telah dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam.Kursus berkenaan penyebaran bahan KSSR tahun 4 bagi tahun 2014 ini telah dilaksanakan oleh JUS Ustazah Faridah dengan jayanya.Alhamdulillah semua berjalan lancar.Semoga dengan terlaksananya kursus ini, segala maklumat berkaitan KSSR & DSKP Pend. Islam Thn 4 dpt disampaikan dengan jelas kpd ustaz2 & ustazah2.

**tahun depan ustzah Faridah jadi JUN plk ;-)


SKBTM JOHAN!!

kuiz

kalam jamaie

Baru2 ini telah berlangsung Ihtifal j-QAF peringkat daerah SPS.SKBTM telah menghantar wakil utk pertandingan Tilawah,Kuiz & Kalam Jamaie.Alhamdulillah SKTM telah mendapat johan daerah utk pertandingan Kuiz dan mewakili SPS ke peringkat negeri.Anak didik SKBTM sekali lagi telah membuktikan kecemerlangan merekan dengan menjadi JOHAN peringkat negeri bagi pertandingan kuiz.Tahniah!!!

08 Oktober 2013

JU PULAU PINANG


Jurulatih Utama KSSR thn4/2014 P.Islam Pulau Pinang




21 Julai 2013

Iftar Bersama Ustaz & Ustazah SKBTM....Terbaieek!

Geng2 ustz dok bersiang bawang ;-)

amboi ustz wan...skill apa tu?

Tukang basuh 'dagu' ikan

1,2,3....senyum ;-)

Tukang kacau bubur lambok

kerja2 terakhir utk siapkan bubur lambok

masa utk packing...

Berbuka puasa beramai-ramai...best!!

penutup!!!

20 Julai 2013-Panitia pend Islam telah bergotong-royong menyediakan bubur lambok utk peserta program 'imam muda' anjuran student PPG IPG Kampus Bainun.Aktiviti yg bermula dari pagi ini berjalan lancar dan diteruskan dengan berbuka puasa di surau SKBTM. Juadah berbuka disediakan sendiri secara bergotong-royong oleh ustz & ustzh. Antara juadah yg berjaya dimasak bubur lambok,gulai dagu ikan,kuih seri muka,nasi ulam,karipap & sedikit durian baling ;-) Yg paling menarik, Guru besar serta keluarga pun turut join berbuka puasa di SKBTM.Semoga aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi silaturrahim & ukhuwah fillah antara kami.InsyaAllah...
 
*nanti kita berbuka di kedai nasi arab pulak ;-)

19 Julai 2013

Pelancaran Ihya' Ramadhan

Ucapan dari GB

Bacaan doa oleh Alfadhil Shiekh As-Shuhaimi Ad-Duri ;-)

Simbolik pelancaran Ihya' Ramadhan

Ceramah oleh Al-Fadhil Ust Rosidi

9.Julai.2013-Pelancaran Ihya' Ramadhan telah diadakan bertempat di tapak perhimpunan SKBTM. Pelancaran tersebut telah di lakukan oleh Guru Besar (Pn. Zainee bt Omar) dengan menyampaikan sekotak kurma kpd KP Pend Islam sebagai simbolik Ihya' Ramadhan.Satu ceramah berkaitan Ibadah Puasa telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ust Rosidi.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Berikut adalah aktiviti2 yg akan dijalankan bagi menghidupkan bulan Ramadhan ini:
1) Pelancaran Ihya' Ramadhan
2) Tazkirah Ramadhan
3) Zikir pagi
4) Tadarrus Al-Quran
5) Amalan Solat Sunat Dhuha
6) Kuiz Ramadhan
7) Majlis Khatam Al-Quran
8) Majlis Berbuka Puasa Perdana
9) Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat
10) Diambang Aidilfitri
Semoga dipermudahkan dalam melaksanakan aktiviti2 ini. Insya Allah ;-)

29 Jun 2013

KBS 2013 SKBTM

Terima Kasih kpd yg terlibat ;-)

mendidikan dengan sabar

Dalam surau

siap sedia utk solat asar

KBS memang bessssss

agihan makanan
 

21.6.2013- KBS 4 dijalankan untuk murid tahun 1. Alhamdulillah segalnya berjalan lancar dan mencapai objektif. Terima kasih kepada semua guru Paniti Pendidikan Islam yang bertungkus lumus melaksanakan KBS kali ini. Semoga keikhlasan dalam mendidik anak2 membekalkan saham akhirat kpd kalian. Insya Allah.
'BERKHIDMAT UNTUK AGAMA' ;-)

Pemantauan JPN

Bersama Ust Rodzi slps pemantauan

16.4.2013- Pemantauan JPN (unit pend Islam) ke SKBTM. Wakil JPN iaitu Ust Rodzi telah ke SKBTM untuk pemantauan Panitia Pendidikan Islam. Antara pemantauan yg dibuat adalah Pengurusan fail panitia, penulisan BRM (Buku Rekod Mengajar) dan pelaksanaan PdP. Alhamdulillah jumlah markah keselurah pemantauan amat memuaskan (cemerlang). Tahniah kpd semua ust & ustz. Semoga dapat dikekalkan, insya Allah ;-)

Imam Muda Asyraf @ SKBTM

Ceramah dari IM Asyraf

Bergambar bersama warga SKBTM

Jumpa peminat :-)

Penyampaian cendera hati dari YDP PIBG


18.5.2013-Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SKBTM telah berjaya mengadakan SMART SOLAT 2013. Program yang bermula 8.00pg dan berakhir dgn jayanya pada 5.00ptg. Kemuncak program tersebut telah dihadiri oleh Ustaz Selebriti iaitu Imam Muda Asyraf yang telah menyampaikan ceramah pada sebelah ptgnya. Alhamdulillah segala yg dirancang dpt dijalankan dengan sempurna. Terima kasih kpd semua yg terlibat.

24 Jun 2013

MMI

Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberi perhatian bagi membangunkan modal insan yang kreatif, kritis dan inovatif. Malah, kejayaan melaksanakan fungsi ini dapat menyediakan murid-murid untuk menghadapi semua peringkat peperiksaan dengan lebih sempurna. **harap lepas ni guru2 tidak diminta buat kerja lain semasa di sekolah.tambah2 time PdP

05 April 2013

Perjumpaan Panitia

Penyelaras jQAF memberi taklimat

Ust2 SKBTM

Bertukar pendapat

Perbincangan jadual 3,2,1

Jumaat, 5 April 2013 Satu perjumpaan kecil telah diadakan.Bertempat di surau Al-Ghufran.Perjumpaan ini begi membincangkan pembahagian jadual waktu berdasarkan pekeliling terkini iaitu 3(Quran),2(ulum) dan 1(jawi).Semoga hasil perbincangan tersebut dapat melancarkan lagi PdP Pendidikan Islam khususnya di SKBTM.

10 Jenis Tangisan

Menurut kata Ibnu Qayyim, ada 10 Jenis Tangisan iaitu :

1) Menangis karena kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis karena rasa takut.
3) Menangis karena cinta.
4) Menangis karena gembira.
5) Menangis karena menghadapi penderitaan.
6) Menangis karena terlalu sedih.
7) Menangis karena terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis karena ikut-ikutan orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

04 April 2013

LDP SPPBS SKBTM

ustazah2 sedang mengisi PBS

ustazah sarimah & ustazah saripah membincangkan sesuatu

SU peperiksaan

ust Nazri & ust Rosidi tekun membuat band

Hari ini semua guru2 SKBTM telah menghadiri LDP berkaitan dengan SPPBS.LDP yg disampaikan oleh Cikgu Bad (SU peperiksaan) ini bermula jam 2.00ptg dan tamat jam 5.00ptg.Alhamdulillah dengan adanya LDP ini dapat menambah ilmu pengetahuan guru2 dan melancarkan lagi perjalanan kerja yang berkaitan PBS.

03 April 2013

Waktu Mustajab Berdoa

Doa adalah lambang perhambaan kita dan kita dicipta supaya menjadi hamba-Nya. Berdoa, doa juga, tetapi supaya mudah diterima, kita patut meneliti dan tahu waktu yang sangat mustajab berdoa antaranya:

- Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

- Waktu antara azan dan iqamah, iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah, sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.


- Pada waktu sujud. Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi.

Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

- Selepas solat fardu. Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya:

“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40)

Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.

Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan.

- Pada waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya, iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat.

Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim).

Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda:

“Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.”

Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini.

Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar.

Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.