09 Jun 2012

Selamat Bersara Ust Abd Moin

Panitia  Pendidikan Islam SKBTM dan seluruh warga pendidikan negeri P.Pinang mengucapkan selamat bersara dan berpisah sempena dengan majlis persaraan Al-fadhil Ustaz Abd Moin bin Hasim dari bidang pendidikan pada 19 April 2012. Tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap apa yang telah dicurahkan selama ini demi memartabatkan pendidikan Islam di negeri P.Pinang khususnya.

12 Mei 2012

Ustaz Don di SKBTM

Cenderahati dari SKBTM 
 Menyambut ketibaan Ust Don
 Segak bergaya
 Masuk ke dewan bersama YDP
 Duduk santai...
 Berbincang sesuatu dgn YDP
 Penuh dewan..atas dan bawah...
 Ceramah
 Menarik
Menjawab soalan dr murid



21.april.2012 Kemuncak Smart Solat 2012, ust Don telah dijemput utk sesi ceramah merangkap sesi penutup prog Smart Solat 2012. Alhamdulillah sambutan diluar jangkaan.Para waris dan penduduk sekitar Bandar Tasek yang hadir cukup ramai sehingga memenuhi dewan sekolah dan ruang kantin di bawah. Panitia mengucapkan jazakallahukhairan Kathira kpd semua guru2 & PIBG yg bersama2 menjayakan prog tersebut.

10 Mei 2012

Smart Solat

 Senaman ringan ;-)
 Cikgu Hazami yg banyak membantu..TQ
 Pendaftaran
 Azan...
 Solat berjamaah
 Solat berjamaah di dewan
 Makan time...
 Orang kuat panitia...
 Ceramah tayammum dari ust Nazri...terbaieekk..
 LDK bersama ust Rosidi.Praktikum cemerlang..InsyaAllah
Ceramah solat berjamaah..


Insya Allah lagi gambar2 sepanjang smart solat akan di download lagi slps ini....

18 April 2012

Gotong Royong Surau SKBTM






Alhamdulillah hari ini semua ustza & ustazah telah bergotong royong membersihkan surau. Panitia juga berterima kasih kepada guru2 yg turut bersama2 menceriakan surau terutama cikgu Hazami & Samsul. Semoga apa yg kita lakukan mendapat keberkatan drp Allah SWT. Esok ada lg episod kedua ;-)

16 April 2012

Al Quran Tertua di Dunia

Di ibukota negara Uzbekistan, Tashkent
Di wilayah otonom Dongxiang provinsi Gansu
Di Nusa Tenggara Timur (NTT) milik Kesultanan Ternate

Begitulah mukjizat al quran yang masih sama sehinggga sekarang, yang mana Allah sudah berjanji akan memelihara kandungan Al Quran shinggalah kiamat menjelma. Bilamana kajian-kajian saintifik dan perjumpaan artifak sepertimana yang telah tercatit dalam Al Quran, mana mungkin ianya adalah tulisan manusia atau mainan kata-kata nabi muhamad saw, sudah pasti ia datang dari Allah yang Maha Kuasa Pencipta sekian alam.

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. Quran [15.9]

26 Mac 2012

Kejayaan SKBTM dalam MTQss Daerah SPS

Inilah wajah kegembiraan murid SKBTM yang telah mendapat tempat ke-3 dalam Tilawah Al-Quran Lelaki dan Naib Johan dalam Hafazan Lelaki. Alhamdulillah, berkat doa dan usaha ustaz2 & ustazah2 yang melatih mereka serta sokongan daripada guru2 SKBTM mereka telah memperoleh kejayaan dalam MTQss peringkat Daerah SPS.

25 Mac 2012

JOM FOLLOW @panitiaislam

Assalamualaikum.....Sedikit makluman.

Panitia Pendidikan Islam SKBTM telah membuka satu akaun di laman twitter. Tujuan akaun twitter ini diadakan untuk memudahkan pihak panitia menyampaikan maklumat2 terkini panitia, aktiviti panitia, tazkirah dan sebagainya. Segala 'updates' di twitter ini akan terpapar di dalam blog panitia. Sesiapa yang mempunyai laman twitter bolehlah 'memfollow' @panitiaislam


"I FOLLOW"