16 Oktober 2010

Kursus Pengurusan Jenazah







14 oktober 2010 : Bertempat di Surau Aghufran,SKBTM,Panitia Pendidikan Islam telah berjaya menganjurkan kursus jenazah untuk murid2 tahun 6.Kursus yang dijalankan selama 3 jam itu telah menerangkan tentang cara2 pengurusan jenazah bermula dari kematian hingga solat jenazah.Pihak Panitia Pendidikan Islam mengucapkan ribuan terima kasih kepada e-jenazah kerana telah memberi kursus ini secara percuma.Semoga ilmu yang diperolehi dapat diamalkan dalam kehidupan.








Kursus PRAbaligh untuk murid tahun 6

Kursus PRAbaligh yang diadakan pada 13 oktober 2010 banyak memberi manfaat kpd murid2.Kursus ini diadakan secara berasingan antara murid lelaki dan perempuan.Kursus ini juga bertujuan untuk memberi pengetahuan dan persediaan awal murid2 yang akan melangkah ke alam remaja.Insya Allah kursus ini akan dijadikan aktivit tahunan PAnitia Pendidikan Islam.

LDP pengurusan fail



9 oktober 2010 lepas semua GPI telah menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan anjuran PPDs.Kursus tersebut telah diadakan di SKBTM bermula 8.00pagi-12.00tgh.Kursus seperti ini amat bermakna buat GPI kerana selain boleh menambah ilmu ianya juga dapat memantapkan lagi sistem fail panitia.



03 Oktober 2010

Berhati-hati dalam berfesyen (2)


Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

Berhati-hati dalam berfesyen


27 September 2010

Jamuan Raya SKBTM

Guru2 menikmati makanan di Kelas 6D
Enak menjamu selera

Sir Anuar tersenyum kekenyangan...;-)


Cikgu Rahman bersama kelasnya (5B)



5 Cekal


Kemeriahan di 6D


Ustaz dan ustazah menjamu selera di 1A


Alhamdulillah.Pada 24 September yang lepas Panitia Pendidikan Islam telah berjaya melaksanakan program terakhir untuk ihya' Ramadhan iaitu Jamuan Hari Raya.Jamuan tersebut telah dijalankan secara serentak di kelas masing2.Pihak sekolah telah memberi lima cucuk satay kpd setiap murid.Panitia Pendidikan Islam juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru SKBTM yg telah banyak membantu dalam menjayakan semua program sepanjang bulan Ramadhan yg lepas.Semoga apa yg telah kita usahakan memperoleh keredaan Allah SWT.Insya Allah.....










13 September 2010

Program terakhir Ihya' Ramadhan

Pengumuman kepada semua warga SKBTM.
Program terakhir Ihya' Ramadhan pada tahun ini akan diadakan pada 24 september 2010(Jumaat).Program yang akan dijalankan pada tarikh tersebut adalah Jamuan Idulfitri.
Untuk makluman, program tersebut pada mulanya telah dirancang untuk diadakan pada 17 september 2010.Memandangkan murid2 tahun 6 akan menduduki UPSR pada minggu berikutnya,maka program tersebut telah ditunda ke minggu berikutnya (selepas UPSR).
Walaubagaimana pun, pihak Panitia PI berharap Jamuan Idulfitri yg akan diadakan ini dapat berjalan dengan lancar dan meriah.
Salam I'dul Fitri.