29 Mei 2010

Kalimah Allah pada kasut CROCS

Tengok macam tak dak apa2 pun.... Ada yg tersembunyi disebalik lambang buaya!!

Sekarang ni dah jadi trend dari yang tua sampai yang muda pakai kasut jenama crocs. Untuk kanak-kanak kasut ini menjadi pilihan kerana lebih selesa dan selamat (bahagian depan tertutup). Untuk dewasa mungkin ianya lebih selesa dan sesuai dipakai di mana saja.Namun setelah diamati, lambang buaya pada kasut crocs apabila dilihat secara terbalik ianya terbentuk kalimah ALLAH. Tetapi tidak semua jenis crocs yangberlambang kalimah Allah. Sesetengah sahaja. Apa pun diharap sesiapa yang nak @ telah membeli kasut crocs, amatilah lambanya terlebih dahulu.

Kerana Allah @ kerana hadiah...????

Antara hadiah2 ganti kelas........

Baru-baru ni PK SKBTM telah mengumumkan guru-guru yang masuk kelas ganti yang terbanyak akan mendapat hadiah lumayan. Hadiah yang akan diberi berdasarkan bilangan jam kelas ganti.10jam dapat gam, 20jam dapat gunting dan 30jam dapat fail...;-) ;-)

p/s :harap2 semua guru membuat kerja kerana ALLAH......


BRM oh! BRM.....

Ustz.Nuranisah tekun membuat rancangan mengajar demi memantapkan p&p......;-)

Buku Rekod Mengajar (BRM) adalah satu benda yg wajib bg semua guru-guru Malaysia. Kalau BRM tak lengkap @ tak buat bermakna guru tersebut tidak melaksanakan tugasnya sebagai pendidik (mengajar). Pendek kata BRM ni adalah periuk nasi guru-guru Malaysia la.

p/s : ingat!!!!buat rancangan mengajar.bukan laporan mengajar....beza tu....

25 Mei 2010

Hadith Hari Ini

Tidak masuk syurga kamu sehingga kamu beriman,dan tidak dinamakan beriman kamu, sehingga saling cinta menyintai.Tidakkah kamu suka kalau aku menunjukkan sesuatuyang jika dilakukannya, tentu kamu semua akan saling cinta-menyintai? Iaitu ratakanlah salam sesama semua.
(maksud hadith)

Gelagat guru2 dihari karnival....

Pengerusi kelab kabajikan berjabat tangan mesra dgn YDP PIBG.
Pukui 5 ptg baru dapat jamah makanan & minuman......Azmi & Md Nor membincangkan sesuatu sambil melayari sesuatu.....he...he...



DJ tetap sampai pencen.....pantang jumpa mikropon.....



Gerai kelab kebajikan guru...untung banyak tu.......he...he...




Menjual sambil memakan.....senyum sampai telinga deh......





Ust.Akmal membantu menjual aiskrim.






Takat pegang bawang sapa pun buleh......
Di atas adalah gelagat2 guru-guru yg sempat di rakam pada karnival lepas. Banyak lagi gambar-gambar spontan yg belum dimasukkan.Insya Allah coming soon......







24 Mei 2010

Sambutan Hari Guru SKBTM

Guru-guru memegang kain rentang sambil dok kernyeh.....
Ustz.Halimaton mendiklamasikan sajak dgn penuh perasaan.....

Ustz.Anisah & cikgu norlia pulun bawa balik hadia.....

Jumaat lepas (21.5.10) SKBTM telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terdapat macam2 acara yg diadakan untuk guru2. Yang paling menarik ialah pembentangan kain rentang yg tertera cop tangan murid2 tanda sokongan & taat kpd guru2. Kain rentang sepanjang 60 meter itu telah mendapat perhatian pihak media (utusan & sinar) untuk memuatkan berita sambutan hari guru SKBTM kedalam akhbar mereka. Tahniah kepada guru2 SKBTM.





22 Mei 2010

Bacaan Yasin Hari Guru

Usta.Nokman memberi penerangan sblm mengepalai bacaan Yasin.
Hembusan ayat2 syifa kpd setiap air2 syifa.

Cikgu Md Nor & cikgu Budin yg banyak membantu menjayakan aktiviti Panitia PI.
Malam Jumaat baru ni semua guru-guru SKBTM telah mengadakan majlis bacaan Yasin sempena hari guru. Pada malam tersebut juga, ust.Nokman telah membacakan ayat-ayat syifa pada hampir 200 botol air mineral yang dijadikan sebagai air syifa.


Kalimah Allah atas bumbung SKBTM

Subhanallah.....kalimah Allah pada awan di atas bumbung SKBTM.

Gambar di atas telah diambil oleh seorang guru SKBTM secara tidak sengaja.Apabila diteliti terdapat gumpulan awan yang terbentuk kalimah Allah. Inilah tanda kebesaran Allah SWT. Subhanallah.....

21 Mei 2010

Geng boria...

kumpulan boria p.islam sk bandar tasek mutiara....hu3

19 Mei 2010

Persiapan Menjelang Karnival PI

Pameran tasbih-tasbih dari Makkah.
Sebalik tabir pembikinan model Kaabah.

Model Kaabah yang telah siap.

Gambar di atas telah di'snap' semasa pembikinan model kaabah dan beberapa barangan-barangan dari Makkah yg akan dipamerkan pada Karnival PI nanti. Model Kaabah ini adalah idea Ustz.Nuranisah yang mana tujuan beliau adalah hendak memperlihatkan keadaan kaabah kepada org ramai dengan lebih dekat lagi.
p/s : tahun ni datang tengok model kaabah. Mudah-mudahan tahun2 depan dapat pi tengok Kaabah yg betoi...amin..... ;-)

18 Mei 2010

Apa yang penting? KERJASAME.......

Ape yang penting? Kerjesame...

Untuk pengetahuan, ustz.Yati dengan ust.Shuhaimi adalah suami isteri. Dari sini kita nampak betapa bahagianya pasangan ini. Di rumah bersama, datang sekolah bersama, makan bersama buat kerja pun bersama.


Gotong-royong Perdana

Cikgu Hazami sedang memasang paip baru di bilik wuduk.
New kepala paip..

Eh! Ingat murid tahun 6...rupanya ustz.Sadar sedang mengecat.....


Sedut punya sedut sampai tersedut stokin......komitmen yg tinggi dr ustz.Faridah...he..he...
Alhamdulillah, dalam gotong-royong perdana yg lepas (15 mei 2010) guru-guru panitia p.Islam telah bekerja sama membersihkan surau dan bilik j-QAF.Banyak juga perkara yang dapat dibereskan pada hari tersebut antaranya penukaran kepala paip bilik wuduk yang telah dibuat oleh cikgu Hazami dan cikgu Samsul.Jadi lepas ni masalah paip tersumbat insya Allah takdak lagi.Mural di surau juga dapat dibereskan oleh ustz.Sadar dan beberapa perkara lagi yang juga dapat diselesaikan pada hari tersebut.




17 Mei 2010

Projek mural panitia pendidikan Islam

Rajinnya....sapa ni....?????
Panitia Pendidikan Islam telah memohon drp GB untuk mendapatkan satu sudut bagi membolehkan projek mural ini terlaksana.Alhamdulillah GB luluskan dan projek mural ini baru saja bermula pagi tadi.
p/s : mintak ostazah sadar tolong mngecat deh...!

Minggu Peperiksaan

Minggu ini (17-20/mei/2010) semua murid SKBTM menduduki peperiksaan pertengahan tahun (PKSR 1).Ini untuk menilai tahap pencapaian murid setelah belajar selama 5 bulan pertama tahun 2010 ini.Mudah-mudahan semua murid SKBTM peroleh kejayaan dunia & akhirat,amin......

16 Mei 2010

Ketupat oh ketupat....

Macam ni caranye.......ust.Nokman menurunkan ilmu ketupat kpd ustz.Mazlina.

Sedikit masa yang terluang telah digunakan dengan sebaik mungkin oleh ust.Mazlina untuk menuntut ilmu ketupat daripada ust.Nokman.Dengar ceritanya ust.Nokman ni bukan saja pandai menganyam ketupat,tapi juga pakar dalam bidang masakkan.So, sapa-sapa yang nak belajar memasak boleh menuntut dari ust.Nokman.

Ceramah Perdana @ SKBTM

23.mei.2010 ni Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Karnival Pendidikan Islam peringkat sekolah.Karnival yang bermula jam 8.00 pagi itu akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik.Antaranya seperti pertandingan mewarna khat, tayangan mini wayang kisah-kisah islamik,pameran keagamaan dan pelbagai lagi.Kemuncak karnival tersebut adalah pada malamnya satu ceramah perdana akan diadakan dan disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz.Oleh itu,datanglah beramai-ramai ke karnival ilmiyah ini..........


08 Mei 2010

Ijtima' GPI @ Dewan Milennium,Kepala Batas

Ustazah-ustazah SKBTM menikmati sarapan sambil berposing sakan.

Hari ini semua GPI seluruh Penang telah menghadiri ijtima' bersama Pengarah Pelajaran Pulau Pinang yang telah diadakan di Dewan Milennium,Kepala Batas.Ijtima' ini diadakan untuk mendengar amanat-amanat yang disampaikan oleh tuan pengarah disamping memeriahkan lagi Expo Pendidikan Islam yang diadakan selama 2 hari 2 malam ini.


04 Mei 2010

Model 100 plusss........

Ustazah Mazlina melepaskan lelah sambil menikmati 100 plus dan kerepek ubi.

Tasmik

Empat orang guru cemerlang sedang mentasmik murid-murid.


Setiap hari Isnin,Selasa,Rabu dan Khamis semua guru-guru agama akan balik lambat daripada guru-guru lain kerana pada hari-hari tersebut telah diakan tasmik.Inilah yang dinamakan pengorbanan guru-guru untuk anak-anak murid.Sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi untuk mendidik murid-murid.Semoga peroleh kejayaan dunia dan akhirat.

02 Mei 2010

Ustazah-ustazah bersenamrobik

Ustazah-ustazah tidak melepaskan peluang bersenam robik.
Murid-murid bersemangat melakukan senamrobik.
Jumaat lepas SKBTM telah mengadakan senamrobik dan aktiviti ini akan dijadikan aktiviti bulanan.Senamrobik ini untuk memberi kesedaran kepada semua bahawa pentingnya menjaga kesihatan diri sama ada mental & fizikal. Akal yang cerdas adalah dari tubuh badan sihat.


Smart Solat SKBTM

Ustz.Yus sedang membincangkan sesuatu dgn ustz.Mazlina & ustz.Faridah mengenai
smart solat.
Antara peserta-peserta smart solat.

Ust.Shuhaimi menerangkan sesuatu mengenai solat.




Sir Halmi sedang diajukan beberapa soalan oleh murid-murid tentang solat.



Ustazah-ustzah yang sedang sibuk membuat persediaan smart solat.
Alhamdulillah, pada 23-24 April yang lepas Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling telah berjaya mengadakan program Smart Solat untuk murid-murid tahun 4 dan 5.Program yang bermula pada petang Jumaat itu telah mendapat kerjasama yang baik daripada rakan guru-guru dan waris.Kemuncak program tersebut adalah pada malam Jumaat tersebut yang mana telah diadakan satu ceramah tentang kepentingan solat dalam kehidupan.Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Izzat Hambali.Program ini juga telah dihadiri oleh 330 murid SKBTM.
Program smart solat ini juga telah dijalankan dalam bentuk LDK.Fasilitator bagi setiap LDK terdiri daripada semua guru-guru SKBTM.Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru-guru yang terlibat kerana memberi kerjasama dalam program tersebut.
Perasmian penutup program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar.Semoga Panitia Pendidikan Islam SKBTM dapat mengadakan lagi program yang besar seperti ini.