19 April 2010

Program Smart Solat

Rancak......Perbincangan unformal tentang program smart solat.
Ust.Shuhaimi sedang memberi idea-idea yang matop.
Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling akan mengadakan Program Smart Solat (fasa1) pada 23 & 24 April 2010 ini bertempat di SKBTM.Smart Solat fasa ini melibatkan murid tahun 4 dan 5 sahaja. Program ini bertujuan untuk memantapkan serta memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan solat yang sempurna dalam kehidupan.Semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar serta mendapat kerjasama daripada semua pihak.Amin.......

16 April 2010

Kenyang..!!!

KENYANG ITU MEMBABITKAN GEJALA-GEJALA TERKEJI DIANTARANYA:
1. Memalingkan hati daripada takutkan Allah [swt].
2. Memalingkan rasa belas dan ikhsan hati terhadap makhluk Allah kerana hati akan menyangka dan merasa bahwa semua makhluk kenyang sepertinya.
3. Menjadikan diri berat utk taatkan perintah Allah [swt].
4. Hati begitu berat atau sukar tunduk mengakui kata2 yg benar.
5. Menyebabkan penyakit.
[Prof Dr Harun Din]

12 April 2010

Bacaan Yasin Tahun 6

Panitia Pendidikan Islam SKBTM telah menjadikan budaya bacaan Yasin pada setiap pagi Jumaat khususnya bagi murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2010. Selain daripada bacaan Yasin, Panitia Pendidikan Islam SKBTM juga telah menggalakkan agar murid-murid tahun 6 melaksanakan solat sunat Dhuha pada setiap hari sebelum waktu rehat.

Hadith Hari ini....

"Tidak masuk syurga kamu sehingga kamu beriman,dan tidak dinamakan beriman kamu, sehingga saling cinta-menyintai.Tidakkah kamu suka kalau aku menunjukkan sesuatuyang jika dilakukannya, tentu kamu semua akan saling cinta-menyintai? Iaitu ratakanlah salam sesama semua".
(Maksud Hadis)

03 April 2010

MENGHORMATI AZAN

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."